Tindakan Turki yang masih berdegil untuk menentang sekutu Rusia iaitu Presiden Syria Bashar Al Assad menjadi punca perbalahan di antara Turki dan Rusia.
Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berkata,terdahulu tindakan Rusia yang disengajakan (memasuki ruang udara Turki) sebelum ini mengundang Turki untuk masuk campur secara langsung di dalam isu Syria.
"Sikap konsisten Turki yang mendesak agar isu sebenar dilihat dan diselesaikan, iaitu Bahsar mesti berundur dan memulangkan kuasa kepada rakyat tidak disenangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan di dalam isu berkenaan, terutamanya Rusia dan Iran," katanya kepada Sinar Online.
Perang antara Rusia dan Turki dikatakan bermula apabila jet pejuang Rusia jenis SU-24 ditembak jatuh kerana menceroboh ruang udara Turki.
Turki yang bertanggungjawab menembak jet itu mengatakan bahawa pihaknya telah beberapa kali memberi amaran kepada juruterbang jet itu. Jet itu ditembak dan terhempas di Bayirbucak, Syria.
Mengimbau insiden ini, kerajaan Turki sehingga kini merupakan penentang kuat kerajaan rejim Bashar al-Assad dan pernah menuduh kerajaan Syria menceroboh ruang udaranya.
Pada Mac 2014, kerajaan Turki menembak jatuh jet pejuang Syria kerana didapati menceroboh ruang udaranya.
Jet pejuang Rusia kini menggunakan ruang udara Syria dalam kempen pengeboman terhadap militan IS.
0 comments:
Post a Comment