Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 24, 2015

RUMAH KONGSI ADA KAMERA TERSEMBUNYI


Rumah kongsi ada kamera tersembunyi


California - Seorang wanita menyaman syarikat rumah kongsi, Airbnb selepas mendakwa pemilik rumah kongsi tersebut didapati memasang kamera tersembunyi. 

Menurut Dailymail, Edith Schumacher dan pasangan, Kevin Stockton menyewa rumah persinggahan tersebut pada 2013. 

Pada hari ketiga, Kevin menjumpai sebuah peranti rakaman tersembunyi da bawah timbunan lilin.

Edith sudah memfailkan saman terhadap Airbnb dan pemilik rumah, Fariah Hassim dan Jamil Jiva kerana khuatir sebarang rakaman melibatkan beliau dan Kevin tersebar ke internet.

Melalui saman tersebut, Airbnb dituduh cuai dan menyebabkan privasi Edith dan pasangannya diganggu dan menyebabkan tekanan emosi.

Mengikut undang-undang California dan polisi Airbnb, setiap pemilik rumah perlu memberitahu sebarang kewujudan peranti yang mampu merakam gerak-geri di rumah mereka.


0 comments:

share2