Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 1, 2015

REMAJA LELAKI DITEMUI GANTUNG DIRI DALAM BILIK


PDRM


Kampung Raja - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati dipercayai menggantung dirinya di dalam bilik rumah keluarganya di Simpang Tiga, Kampung Gong Kemuntong dekat Jertih petang semalam.

Mangsa yang sudah berhenti sekolah itu ditemui abang iparnya dalam keadaan tergantung di dalam bilik tidurnya setelah tidak menyahut panggilan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, abang ipar mangsa berusia 25 tahun memanggil mangsa beberapa kali untuk mengajak mangsa ke bandar Jertih namun mangsa tidak menyahut.

Menurutnya, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena lalu abang ipar mangsa bersama rakannya yang berada di rumah berkenaan ketika itu membuka pintu bilik berkenaan dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan tali terikat pada leher.

“Mangsa menggunakan tali buaian yang memang sedia tergantung di alang bumbung rumah tersebut untuk menggantungkan lehernya.

“Abang ipar mangsa kemudiannya terus melepaskan tali di leher si mati dan menghantar si mati ke Hospital Besut namun mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya.


0 comments:

share2