Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 28, 2015

PEMANDU TEKSI MAUT DITIKAM DI LAMPU ISYARAT


Pemandu teksi maut ditikam di lampu isyarat


Kota Bharu - Seorang pemandu teksi maut ditikam penyerang di kawasan lampu isyarat jalan Pasir Mas - Salor di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal dari arah belakang dan kemudianya mengetuk cermin pintu kereta sebelum memecahkan cermin kenderaan itu.

Mangsa diserang ketika berhenti di kawasan terbabit dan pada ketika itu turut membawa seorang penumpang dal‎am kereta teksi terbabit.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kelantan,‎ Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian dan meminta saksi bebas tampil bagi membantu siasatan.


0 comments:

share2