Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 28, 2015

KELIBAT HARIMAU HANYA KHABAR ANGIN


Kelibat harimau hanya khabar angin


CHUAH – Polis menolak dakwaan khabar angin mengatakan kehadiran harimau bintang di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Jimah, Chuah.

Sumber polis memberitahu, pihaknya setakat jam 7 malam (semalam) tidak menerima sebarang laporan daripada penternak yang mendakwa kambingnya mati akibat serangan binatang buas.

“Tapi, semalam (kelmarin) polis ada menerima panggilan telefon seorang penduduk Kampung Jimah memaklumkan khuatir dengan khabar angin yang didengarnya mengenai kehadiran harimau bintang.

“Siasatan telah dilakukan dan mendapati ia tidak benar dan hanya khabar angin.. polis menasihatkan penternak yang mengatakan kambingnya hilang dan mati tampil membuat laporan polis untuk tindakkan lanjut," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan khabar angin berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun memberitahu, pihaknya juga sehingga jam 7 malam kelmarin, tidak menerima sebarang aduan berkaitan perkara berkenaan.

Terdahulu, seorang penternak kambing mendakwa 10 kambingnya hilang dan ada menemui tulang serta kepala haiwan itu di kawasan ladang kelapa sawit dalam tempoh seminggu ini.

Penternak kambing yang dikenal sebagai Balakrishnan berkata, beberapa penduduk kampung mengambil inisiatif masuk ke kawasan ladang kelapa sawit dekat sini untuk mencari punca kambing mati.

“Kemudian ada orang yang beritahu, melihat kelibat dua haiwan yang mempunyai bentuk badan seperti anjing berwarna coklat dan badannya mempunyai corak bintik seperti seekor harimau bintang di kawasan ladang ini,” katanya.

Balakrishnan berkata, sejak berita itu tersebar, penduduk dan pekerja ladang takut masuk ke ladang kelapa sawit untuk bekerja.


0 comments:

share2