Kuala Lumpur - Sabah mencatatkan peningkatan keahlian Puteri Umno yang tertinggi di seluruh negara dengan 2,674 pendaftaran baru.
Penolong Setiausaha Puteri, Fahariayah Md Nordin berkata, jumlah tersebut sekali gus menjadikan negeri di Bawah Bayu itu sebagai negeri tertinggi keahlian iaitu 60,666 keahlian.
"Tahniah kepada Puteri di seluruh negara," katanya.
Menurutnya, Kedah dan Terengganu masing- masing mencatatkan 2,414 dan 2,407 keahlian baru.
"Ini adalah usaha untuk mendekati golongan muda di negara ini," katanya.
Beliau berkata, Anjung Puteri juga diwujudkan di Aras 4 Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang memaparkan galeri Puteri, pusat derma darah dan pusat refleksologi orang buta.
"Puteri juga telah melakukan pelbagai program seperti kembara ilmu, pengurusan terapi dan aktiviti berteraskan kesukanan serta menyertai Asean Young Women Leadership.
"Tahniah sekali lagi kepada Puteri," katanya pada ucapan aluan Perhimpunan Agung Puteri Umno di Dewan Tun Hussien, PWTC semalam.
0 comments:
Post a Comment