Kuantan – Kerjasama Pas dan Umno hanyalah untuk penyatuan rakyat di negara ini, bukan satu gabungan politik seperti mana kerajaan campuran pada zaman 1970-an.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar berkata, Pas tidak pernah terfikir ke arah itu iaitu bergabung, sebaliknya lebih fokus kepada penyatuan dan kepentingan rakyat di negara ini.
“Kita tidak pernah ada perbincangan untuk gabungan politik, sejarah kerajaan campuran sudah lama berlalu dan tidak mungkin akan bersatu kembali.
“Malah Pas melihat kerjasama ini lebih kepada menyelesaikan perkara membabitkan rakyat dalam soal kepentingan, kebajikan dan agama bersama Umno,” katanya, ketika mengulas isu berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, ruang kerjasama dan perpaduan ummah sangat luas dan ia seharusnya digarap dan dirintis secara bersama.
Menurutnya, Pas akan terus berperanan memastikan perkara yang berbangkit dapat ditangani dengan segera menerusi perbincangan antara kedua-dua parti untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Dalam pada itu katanya, jika di lihat dari sudut kerajaan, kerjasama yang dijalinkan ini mampu memberi impak positif terutamanya dalam menjaga kebajikan rakyat tidak kira kaum dan agama.
“Saya percaya kalau perkara ini dilihat dari sudut positif, semuanya akan menjadi positif,” katanya.
0 comments:
Post a Comment