22/12/2-15 - Wanita di negara ini perlu lebih peka dan berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanitaseperti rogol,cabul kehormatan,keganasan rumahtangga,jenayah siber,gangguan seksual,keldai dadah,keldai akaun,pemerdagangan orang dan penyeludupan migrant.
Menyedari keperluan tersebut pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga melalu Majlis Perwakilan Wanita Kebangsaan (MPWK) merangka pelbagai program bagi memberi dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan untuk mangsa keganasan terhadap wanita
"Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dari tahun 2010 sehingga 2014,sebanyak 13,238 kes rogol,7,807 kes cabul kehormatan dan 11,520 kes bagi keganasan rumahtangga melibatkan wanita"
"Kadar peningkatan kes keddai dadah dikalangan wanita kebelakangan ini amat membimbangkan.Berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri sehingga 31 Mac 2011 sebanyak 833 orang rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah berkaitan dengan kes dadah.daripada kes itu sebanyak 675 orang membabitkan lelaki manakala 158 orang adalah wanita".
"Manakala bagi kes gangguan seksual bagi yahun 2010 sehingga 2012 (januari- Oktober),sebanyak 377 kess gangguan seksual ditempat kerja telah dirujuk dan di siasat oleh Jabatan Tenaga Kerja sejak Kod Amalan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dilaksanakan pada tahun 1999.Mengikut statistik PDRM,kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan 2013 keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan,manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes".
"Daripada jumlah itu,kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27 dan 48 kes cabul.Bagi kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dan 114 kes cabul"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang sejurus merasmikan Program Jelajah Wanita Anti Jenayah (WAJA) di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut di sini.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah Ketrampilan Efektif dan Keterampilan oleh MPWK dan Ceramah Elah Jadi Mangsa dan Demontrasi Keselamatan Diri oleh En Saiful Hamiruzaman bin Mohd Hazir dari Kick Start
Program yang dihadiri 400 peserta serta Ahli Parlimen Jerantut YB Hj Ahmad Nazlan,YH Dato Siti Hajar Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,,YBhg Puan Haslina Bahasan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang,YH Dato Khatijah Mohd Said Naib Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,Pengerusi JKKK,JPP dan ahli NGO.
YB Dato Shahaniza menyampaikan ucapan perasmian Program WAJA |
YB Hj Ahmad Nazelan Idris |
YH Dato Siti Hajar Mubin Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut |
Upacara memotong kek sempena pelancaran program |
Antara pemimpin NGO dan JPP Parlimen Jerantut yang terlibat dalam program bergambar kenang kenangan |
0 comments:
Post a Comment