Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 23, 2015

MAHKAMAH PERINTAH MAHFUZ BAYAR HASAN ALI RM200,000


Mahfuz Omar


Kuala Lumpur - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ia berhubung dakwaan kononnya bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menerima tajaan atau sumbangan daripada Umno- Barisan Nasional (BN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam setiap siri ceramahnya, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nor Bee Ariffin, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut diperintah membayar kos RM30,000.

Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun sama dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.

Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.

Saman difailkan Hasan menerusi menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua di sini.

Hasan dan Mahfuz tidak hadir pada prosiding hari ini.


0 comments:

share2