Carlifornia - Tindakan seorang pelayan sebuah restoran yang memulangkan semula wang pelanggannya yang tertinggal bernilai lebih dari gaji bulanannya mendapat pujian di atas kejujurannya itu.
Brian Geery, 33, pelayan restoran Applebee yang terletak di tengah bandar Carlifornia menjumpai sebuah beg berisi wang bernilai AS$32,000 ( RM137,572) ketika mengemas sebuah meja selepas sebuah keluarga makan di restoran itu.
Geery yang pada mulanya menyangka beg berkenaan hanya berisi ubat-ubatan kemudiannya menyerahkan beg berkenaan kepada pengurus restoran tempatnya bekerja.
Pengurusnya itu kemudian memintanya untuk memeriksa kandungan beg berkenaan.
Greey terkejut selepas mendapati beg berkenaan berisi sejumlah wang yang banyak.
"Saya sukar mempercayainya. Saya tidak pernah melihat wang tunai sebanyak itu sepanjang hidup," kata Geery
Sementara itu, Pengarah Serantau Restoran Applebee, Carrie Hellyer, berkata, pekerjanya itu enggan menerima sebarang ganjaran daripada keluarga terbabit.
"Dia ( Geery) hanya berkata, apa yang dilakukan adalah perkara yang sepatutnya dilakukannya dan tidak mahu menerima sebarang ganjaran," kata Hellyer
Menurut jurucakap Polis Fresno, Lieutenant Joe Gomez, wang berkenaan kemudiannya diserahkan pihak restoran kepada pihak polis.
"Wang tersebut telah diserahkan semula kepada keluarga terbabit selepas siasatan mendapati wang berkenaan bukanlah wang haram," katanya
Menurut Gomez, wang berkenaan adalah hasil kutipan sewa hartanah dan keuntungan restoran milik keluarga berkenaan di San Jose.
0 comments:
Post a Comment