Menyingkap kehidupan sebagai seorang pelakon dan pelawak, Yus atau Yussry Edoo,39, ramai yang tidak mengetahui Allahyarham merupakan sahabat yang paling baik kepada rakan-rakannya.
Antara yang paling rapat dengan Allahyarham ialah Che Mat Raja Lawak yang juga dari Perlis, pernah mengharungi saat susah senang bersama Allahyarham dari zaman pelawak itu aktif menjadi artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perlis.
Kata Che Mat atau Mohd Rahmat Saidin,31, kali terakhir dia menghabiskan masa bersama Allahyarham Ogos lalu bermain bola bersama dengan rakan-rakannya yang lain.
“Bayangkan setiap malam dalam tempoh dua minggu itu, kami bermain bola dan futsal setiap malam, Yus yang membayar semua duit permainan kami sama ada di gelanggang futsal dan padang termasuklah menaja jersi yang dipakai kami.
“Jika bermain futsal kami akan main sehingga dua jam, manakala jika bermain bola sepak dialah yang bayar duit sewa padang sebanyak RM300 bagi pasukan kami, dia langsung tidak berkira malah selepas bermain dia akan belanja kawan-kawan makan dan minum,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Che Mat memberitahu Allahyarham adalah seorang hamba ALLAH yang ikhlas dalam memberi kerana sepanjang perkenalan mereka sejak 2002 Allahyarham tidak pernah mengungkit mengenai duit.
0 comments:
Post a Comment