Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 6, 2015

[KUANTAN] BAJU, JERSI JENAMA PALSU DIRAMPAS


Baju, jersi jenama palsu dirampas


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas pelbagai baju jersi dan seluar berjenama yang menggunakan perihal dagangan palsu bernilai RM2,780 dalam satu operasi di Tapak Stadium Kuantan, Rabu lepas.

Dalam operasi kira-kira jam 5 petang itu, sebanyak 25 gerai diperiksa membabitkan lima kes di bawah kesalahan Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Alwi Abdul Hamid berkata, operasi berkenaan dilakukan selepas menerima aduan dan siasatan dari pegawai KPDNKK.

“Pelbagai baju jersi dan seluar yang menggunakan perihal dagangan palsu disita bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua peniaga di tapak stadium itu memberi kerjasama.

Alwi berkata, jika sabit kesalahan, penalti yang dikenakan ke atas perseorangan tidak melebihi RM10,000 setiap unit dan penjara tidak melebihi tiga tahun manakala bagi perbadanan tidak melebihi RM15,000 setiap unit.

“Orang ramai juga diminta bekerjasama membantu mencegah penjualan di bawah akta berkenaan dan menyalurkan maklumat kepada KPDNKK,” katanya.

0 comments:

share2