Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 2, 2015

KELANTAN PALING BANYAK DAPAT BANTUAN


Shahidan Kassim


Kuala Lumpur - Kelantan adalah negeri yang paling banyak memperoleh bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut beliau, Kelantan bantuan rumah dari Kerajaan Persekutuan malah turut menerima bantuan dari agensi lain. 

"Negeri (Kelantan) paling banyak dapat keistimewaan daripada negeri lain. Cuma kita tak dapat undi sahaja di Kelantan," seloroh beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof, (Pas-Rantau Panjang) pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam sidang hari ini, Siti Zailah meminta beliau menyatakan apakah langkah yang dijalankan kerajaan untuk memulihkan ekonomi penduduk negeri tersebut memandangkan rakyat sudah kehilangan harta benda, tanaman dan ternakan akibat banjir pada tahun lalu.

Sebagai langkah pencegahan banjir pada masa akan datang, Shahidan meminta pihak-pihak yang berkenaan supaya menjaga dan memelihara alam sekitar bagi mengelakkan bencana berlaku sekali lagi.

"Janganlah tebang pokok-pokok. Kurangnya pokok-pokok di negeri itu menyebabkan Kelantan mengalami banjir teruk tahun lepas," katanya lagi.


0 comments:

share2