Callao - Seorang juruterbang Amerika Syarikat ditahan selepas pihak berkuasa menjumpai 10kg dadah jenis kokain di dalam begnya.
Kenneth Parrock ditahan di Lapangan Terbang Jorger Chavez di Callao dan diletakkan di bawah tahanan pihak berkuasa Peru.
Juruterbang itu mengendalikan pesawat TAM Airlines dari Sao Paulo, Brazil ke Asia ketika ditahan.
Kenneth dituduh cuba menyeludup kokain melalui penerbangan TAM Airlines ke Asia yang disembunyikan di dalam beg bagasi milik juruterbang itu.
Memetik laporan DailyMail, polis merampas enam beg berisi kokain yang disembunyikan di dalam cadar yang diletakkan di dalam beg berkenaan.
Sebelum ini, krew penerbangan Caribbean Airlines sedang menanti hukuman selepas cuba menyeludup 2.9kg kokain dalam seluar pada 8 September lalu.
0 comments:
Post a Comment