Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 31, 2015

[JERANTUT] SERPIHAN ATAP DALAM LUTUT


Serpihan atap dalam lutut


Seorang pesara kerajaan tidak menyangka luka kecil di lututnya akibat terjatuh di belakang rumah menjadi bengkak dan bernanah dalam tempoh empat hari.

Pesara terbabit, Maharani Awang Ngah, 57, berkata, kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu selepas dia tiba-tiba terjatuh di belakang rumahnya akibat lantai simen yang licin.

Katanya, akibat insiden itu, dia mendapat luka yang kecil, namun tetap pergi ke hospital memandangkan tidak mempunyai ubat dan peralatan merawat di rumahnya.

“Bila sampai hospitala, makcik dibawa ke unit kecemasan sebab luka kena jahit.

“Selepas luka terbabit dijahit, makcik kemudian balik ke rumah dan buat kerja macam biasa,” katanya.

Bagaimanapun keesokan harinya, Maharani mula kembali terasa sakit di tempat luka yang sudah dijahit itu.

“Rasa sakit bertambah teruk sampai hari keempat. Anak makcik suruh pergi balik ke hospital untuk buat pemeriksaan,” katanya.

Katanya, dia kembali ke hospital dan membuat pemeriksaan imbasan x-ray.

“Makcik dimaklumkan ada benda asing di dalam lutut makcik dan dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut.

“Di Temerloh, doktor beritahu luka makcik dah bernanah dan kena buat pembedahan kecil” katanya.

Menurutnya, setelah benda asing itu dikeluarkan didapati serpihan atap asbestos kemungkinan termasuk ketika dia terjatuh sebelum ini.

“Kesan daripada itu, makcik terpaksa ditahan di dalam wad selama dua minggu dan keluar Ahad lalu,” katanya.

Maharani dalam pada itu melahirkan rasa kesal kerana kelewatan mengesan serpihan atap asbestos di dalam lukanya itu mengakibatkan dia yang juga seorang peniaga dodol gula kabung terpaksa menghentikan perniagaannya untuk seketika.

“Makcik risau juga sebab kalau makcik tak sembuh dalam masa terdekat, makcik tak dapat hantar anak yang akan mula sekolah di sebuah sekolah teknik di Temerloh memandangkan suami makcik menghidap strok dan tak boleh bawa kereta,” katanya.

Maharani bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak, namun berharap agar kejadian ini menjadi ingatan kepada semua agar lebih berhati-hati.


0 comments:

share2