Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 5, 2015

JAIS TAHAN EMPAT AHLI KUMPULAN HIZBUT TAHRIR


Jais


Shah Alam - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menahan empat lelaki disyaki ahli kumpulan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di Khilafah Centre, 47-1, Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi, hari ini ketika individu berkenaan ingin mengadakan sidang media.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, keempat- empat lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan lanjut kerana disyaki melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 12 dan 13 kerana mempertikaikan fatwa yang berkuatkuasa serta bertindak menyebarkan pendapat yg bertentangan dengan fatwa (Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Selangor)(1995).

"Suspek telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat bagaimanapun mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

"Kesemua mereka diminta hadir semula pada 7 dan 8 Disember ini untuk membantu siasatan seterusnya," katanya


0 comments:

share2