Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 3, 2015

GADIS SAMURAI JADI PILIHAN


Gadis samurai jadi pilihan


Keterujaan Muhammad Hezwan Suhaimi, 27, terlibat dalam proses pengubahsuaian jenteranya, Myvi (tahun 2009) bermula kira-kira 6 tahun lalu.

Presiden Kelab Youngster Myvi Club (YMC) (077) ini berkongsi pengalaman dunia modifikasi berkata, ubah suai kereta umpama 'syarat wajib' bagi pemilik dan peminat kereta seumpamanya. Justeru, katanya, dia turut tidak ketinggalan dan memilih konsep Perodua standart modified.

"Saya pilih konsep ini kerana tak ramai buat konsep seperti ini, bermula dengan ubah suai pada luaran seperti rim sport dan stiker badan kenderaan.

"Hingga kini, kali terakhir ubah suai saya lakukan di bahagian dalaman sistem audio kustom. Dalam perancangan selepas ini untuk ubah suai bahagian dalaman dengan tambah lagi beberapa aksesori," katanya.

Bermula dengan bahagian luaran, antara terawal dilakukannya menukar sepenuhnya 'baju' Myvi nya dengan stiker kartun animasi Samurai Girl. Gadis memegang pedang samurai itu 'ditempatkan' di bonet depan, belakang dan kedua-dua sisi pintu belakang.

Namun latar belakang warna asal Myvi pemuda dari Ampang, Selangor ini, iaitu kelabu gelap masih kekal. 

Menambah gaya, ahli jawatan kuasa kelab permotoran Bigsumo ini juga menukar rim sportnya dengan black mafia super chrome bersaiz 17 inci.

Bampar depan jenis SE 07, bampar belakang -SE 08 manakala spoiler bahagian itu juga SE 08. Bagi lampu belakang pula, Hezwan menggunakan jenis Passo 7, 'scoop' Passo Boon, sementara intercooler, tinted lampu depan warna pelangi, sekeliling lampu luarannya dilengkapi LED.

Jadi johan

Bagi ruang dalamannya, door trim mendapat sentuhan balutan kain merah. Tempat duduk dengan balutan kulit, sementara volt meter, vakum meter, meter RPM jenis HKS.

Menambah aksesori, turut dipasang monitor kamera undur dan meja bar mini VIP.

Bagi set penuh sistem audio, woofer Adam digital 2 coil dan 2 magnet, mid Ice stereo 300 watt, amp 4 channel Caliber 2000 watt, monoblog ice stereo 2500 watt, Horn Twiter Texas 2 monitor dan custom audio.

Hasil ideanya sendiri, menurut Hezwan setakat ini sudah 70 peratus ubah suai sudah dilakukan atas jentera kesayangannya itu. Kos terbabit pula dianggarkan kira-kira RM25,000.

Kepuasan antara jawapannya, ketika ditanya apa diperoleh dari hobinya itu.

"Dah jadi minat saya. Selain itu ia juga aktiviti riadah sukan permotoran boleh saya lakukan. Saya juga pernah dapat kemenangan di auto show sebagai johan kategori Perodua Standart Modified.

Bercerita kebiasaan proses ubah suai dibuat, ada dilakukannya sendiri, selain 'diproses' di bengkel rakan, FG Garage.

Dalam kesibukan kerja dan memenuhi hobinya, Hezwan tetap berkesempatan untuk aktif dalam keahlian kelab seperti Bigsumo 173, Central Autoshow, KL Audio Team 030 serta banyak menyertai auto show.


0 comments:

share2