Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 2, 2015

FAM GANTUNG SEMENTARA EMPAT PENGADIL


FAM gantung sementara empat pengadil


Empat pengadil yang mengadili suku akhir kedua Piala Malaysia PKNS dan Kedah di Stadium Selayang, Sabtu lalu hingga menimbulkan pertikaian susulan gol kontroversi digantung sementara sehingga tindakan lanjut diputuskan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Pengadil FAM membuat keputusan menggantung pengadil, Samsudin Ibrahim; penolong pengadil 1, Busrah Eri dan pegawai keempat, Khairul Rizal Ismail sementara sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal dikenakan hukuman kerana kesilapan dilakukan dalam melaksanakan undang-undang permainan iaitu berkaitan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan semasa suku akhir kedua Piala Malaysia antara PKNS dan Kedah di Stadium Selayang Sabtu lalu.

“Mereka bertiga jelas melakukan kesilapan dalam membenarkan pemain PKNS untuk melakukan sepak mula ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan lawan selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva m-57.

“Sementara itu, penolong pengadil 2, Asmadi Noor Hasni pula digantung dua minggu kerana kedudukannya yang jauh dari tempat insiden berlaku tetapi tetap dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep untuk membantu pengadil buat keputusan berkenaan,” katanya.

Hamidin berkata, keputusan berdasarkan analisis video dan juga laporan penilai pengadil bagi perlawanan berkenaan, Zainal Abidin Yaacob.

“FAM memandang serius perkara ini dan terus mengambil tindakan serta merta dengan membuat keputusan penggantungan ini tanpa perlu menunggu aduan rasmi pasukan terlibat.

“Keempat-empat pegawai perlawanan ini akan dipanggil menghadiri kursus refreshment dalam masa terdekat untuk Jabatan Pengadil FAM menjelaskan lebih mendalam tentang undang-undang permainan kepada mereka,” katanya.

“Samsudin antara pengadil berpengalaman di negara ini dengan mengendalikan perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M) termasuk final Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United.

“Keputusan Sabtu lalu mungkin kerana beliau terlepas pandang serta terburu-buru buat keputusan,” kata Hamidin.


0 comments:

share2