Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 2, 2015

[CAMERON HIGHLAND] PENANAMAN SEMULA HUTAN JAMIN PEMELIHARAAN HUTAN - MB PAHANG



1/12/2015 - Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah proaktif dalam memastikan pengurusan hutan di Negeri Pahang memberi keutamaan terhadap pemuliharaan hutan.Sungguhpun ramai berprasangka Pahang terlibat dengan penebangan hutan secara berleluasa tapi hakikatnya ianya tidaklah seperti yang dilaporkan di media massa.

Cameron Highland misalnya sering menjadi sasaran kritikan banyak pihak setiapkali bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur namun hakikatnya tiada aktiviti pembalakan yang di kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland.

Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang

"Hutan di Cameroon Highland juga dikenali sebagai Mossy Forrest dimana pokok yang ada dihutan ini tidak sesuai untuk pembalakan dan industri perkayuan.Andaian bahawa aktiviti pembalakan adalah punca kepada banjir lumpur jelas tidak tepat."

"Hutan adalah elemen penting dalam sesebuah negara dalam menentukan bekalan air,aktiviti pembalakan boleh dijalankan tetapi mestilah cara yang tersusun.Pembalakan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan seperti ukur lilit pokok dan jalan balak" .

"Proses penanaman semula pokok hutan juga adalah antara syarat yang harus dipatuhi bagi memastikan pemeliharaan hutan dipandang serius oleh semua pihak dan kerajaan negeri Pahang komited dengan usaha-usaha pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Kerajaan Negeri Pahang menyedari akan peranan dan kepentingan sumber hutan dan pelbagai fungsi dan perkhidmatan (multiple uses and services) yang meliputi kepelbagaian biologi,sumber air mentah dan kestabilan alam sekitar bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga untuk negeri-negeri bersepadan dengan Negeri Pahang".ujar Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub ketika merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri kali ke 35 di Hotel Copthorne Cameron Highland.

Turut sama hadir di majlis tersebut Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia Ybg Dato;Seri Dr Hj Abdul Rahman bin Hj Abdul Rahim,Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ,Exco Kerajaan Negeri Pahang,Pengarah Perhutanan Negeri Pahang di samping kesemua Pengarah Perhutanan Negeri.







































































0 comments:

share2