Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 25, 2015

BULAN KELILING KAABAH?


Bulan keliling Kaabah?


Gempar dan menggemparkan, viral yang tersebar mengenai bulan mengelilingi Kaabah kembali lagi untuk ke berapa kalinya.

Dan versi penyebarannya dalam tahun 2015 masih sama seperti sebelumnya, cuma pada tahun 2011, variasinya berlainan sedikit. Pihak terbabit telah menggunakan nama Datuk Mazlan Othman bagi mensahihkan viral berkenaan.

Berikutan itu, ahli astronomi amatur dan pemilik portal Falak Online, Shahrin Ahmad memberi pencerahan berdasarkan teori astronomi berkaitan viral yang tersebar. Antara maklumat yang dikongsikan adalah:-

1) Bulan mengelilingi bumi pada jarak purata menghampiri 400,000 km. Saiz bulan dengan bumi hanya 1/4 bumi sahaja. Andai kata bulan berada hampir dengan permukaan bumi, saiznya akan meliputi negara Australia. Jadi bagaimana ia 'boleh' mengelilingi Kaabah?

2) Bulan juga mempunyai daya graviti namun tidak sekuat bumi. Jika bulan menghampiri bumi, bulan pasti akan hancur terlebih dahulu kerana tiada upaya menahan kekuatan graviti bumi.

3) Ayat yang menyatakan 'kejadian' ini berlaku setiap 100,000 tahun sekali tidak berdasarkan mana-mana kajian pun.

4) Jika kita meninjau sana sini, sehingga ke hari ini, tidak pernah ada mana-mana kenyataan seumpama (apa yang dikatakan oleh artikel berkenaan).

5) Jika benar ia akan berlaku, pasti sudah ada ulasan panjang lebar mengenainya, bukan sahaja daripada Nasa (yang diyakini ramai tidak percaya), tetapi mesti ada daripada jaringan agensi angkasa negara-negara lain seperti ESA, JAXA, Angkasa, Lapan dan banyak lagi.

6) Selain itu, jika 'ia' berlaku sudah pasti penyelidik dari universiti-universiti tersohor dunia turut mengeluarkan kertas kerja kajian atau abstrak penyelidikan dan mengulas dari sudut pandangan akademik, yang mana kita sendiri boleh cross-check maklumat tersebut.

Malangnya, ia tak wujud.

7) Di samping itu, komuniti ahli astronomi amatur yang jumlahnya berpuluh ribu di seluruh dunia, yang mana mereka ini selalu mencerap langit setiap hari, akan turut mengulas dan memberi pandangan menerusi forum-forum perbincangan seperti cloudynights.com, http://www.iceinspace.com.au/ dan sebagainya, tetapi malangnya tiada seumpama ini.

8) Laman-laman web majalah astronomi yang popular seperti skyandtelescope.com, astronomy.com, astronomynow.com , universetoday.com dan banyak lagi akan mengeluarkan artikel menjelaskan panjang lebar mengenainya (jika ia berlaku) tetapi tiada satu pun yang mengulasnya.

9) Lihat sendiri Live feed dari Tanah Suci di http://makkahlive.net/ dan boleh lihat sendiri apa yang berlaku di sana.

10) Saya pernah mengulas isu ini pada tahun 2011 di http://www.falak-online.net/portalfalak/bulan-keliling-kaabah-pulak-dah

11) Angkasa juga pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2011 di https://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/bulan-mengelilingi-kaabah/251976368158509

12) Maka kesimpulannya, cerita ini adalah tidak benar sama sekali kerana ia sama taraf dengan cerita mengenai Kiamat 2012 dijelaskan (http://www.falak-online.net/portalfalak/bumi-bergelap-3-hari-satu-penjelasan-ilmiah)

Dunia bergelap 15 hari (http://falakonline.net/semesta/2015/10/ulasan-bumi-bergelap-15-hari-fakta-atau-auta/)

Isu tiga hari bergelap akibat solar storm (http://falakonline.net/semesta/2014/10/ulasan-kepada-isu-3-hari-bergelap-dan-kaitan-dengan-solar-storm/)

Sinaran kosmik dari Marikh dan dua matahari di Kanada di (http://bit.ly/2mataharikanada retograde Marikhdan kesan putaran bumi, http://bit.ly/marikhretograde)

Marikh akan jadi sebesar bulan (http://falakonline.net/semesta/2014/08/wow-27-ogos-2014-ini-marikh-akan-jadi-sebesar-bulan-best-nye-ye-ke/) dan banyak lagi. Semua cerita ini bertaraf hoax (tahyul).

13) Kejadian alam semesta ini ada susun aturnya dan undang-undang sunnatullahnya. Undang-undang ini wujud untuk kita memerhati, belajar dan kagum dengan kehebatan Pencipta alam ini, menerusi ayat-ayat manzurah. Baca dan amal ayat daripada Surah Ali-Imran (190 dan 191), dan mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa.


0 comments:

share2