Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 30, 2015

SERANG KJ, UMNO TANYA APA PENCAPAIAN NIK NAZMI?


Khairy, Nik Nazmi


Shah Alam – Pemuda Umno membidas Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad susulan ucapannya pada penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini yang menyerang ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak berkata, politik sempit dengan cara menyerang peribadi Khairy tidak mencerminkan Nik Nazmi sebagai pemimpin yang kononnya intelektual dan progresif.

“Sebagai seorang yang menjawat jawatan Ketua AMK dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, beliau seharusnya lebih matang dalam berpolitik. Beliau perlu cermin diri dahulu sebelum menuduh dan menyerang peribadi orang lain.

“Selama beliau menjawat jawatan Ketua AMK dan Exco Selangor, apakah pencapaiannya? Apa yang telah beliau anjurkan untuk anak muda Selangor selain hanya menyampaikan ceramah ataupun ucapan yang berunsur retorik politik semata-mata?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Nazmi hari ini melalui ucapan penggulungannya menyarankan agar Khairy fokus untuk menjadi bintang TV susulan kegagalannya dalam mengekang belenggu perkauman, menghentikan kemusnahan hak-hak asasi dan kebebasan politik serta kesetiaannya terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu banyak skandal dan kontroversi.

Mengulas lanjut, Ibdilillah berkata, sepanjang Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Rembau itu tidak henti menganjurkan program, mencadangkan idea, polisi dan dasar yang memberi nilai tambah kepada orang muda Malaysia.

“Pemuda Umno dibawah kepimpinan beliau mengambil pendekatan politik khidmat bakti. Pelbagai program yang telah dianjurkan dan pelbagai idea yang telah direalisasikan kerajaan.

“Contohnya, berkait kos sara hidup rakyat, pemilikan rumah mampu milik, peluang pekerjaan, kadar gaji minimum, pendidikan dan berbagai lagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Nik Nazmi itu sebagai satu helah untuk mengalih perhatian rakyat daripada krisis kepercayaan ahli AMK terhadapnya sekarang.

“Saya difahamkan YB Nik Nazmi sedang berdepan krisis kepercayaan dalam AMK yang beliau sendiri terajui.

“Namun menyerang peribadi YB Khairy bukanlah 'jalan keluar' daripada krisis politik dalaman yang serius dalam AMK itu,” katanya.


0 comments:

share2