Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 24, 2015

[EDITOR] KETIKA DUNIA LUAR HORMATI DS NAJIB.....

Infografik yang sedang tersebar luas di media sosial


Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 berlangsung dengan jayanya. Malaysia selaku tuan rumah dan Datuk Seri Mohd Najib Perdan Menteri Malaysia bertindak selaku pengerusi persidangan telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan jayanya.

Seluruh negara-negara ASEAN dan dunia melihat dan menyanjung tinggi usaha dan kejayaan yang dicapai oleh negara kita dan Datuk Seri Mohd Najib yang dilihat berwibawa sepanjang sidang berkenaan.

Dalam masa sama beberapa pemimpin besar dunia turut hadir antaranya Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri India memberi pengiktirafan dan sokongan.

Malangnya ada dikalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri yang seolah-oleh tidak melihat kemampuan Datuk Seri Mohd Najib dalam nmengetuai negara.

Terbaharu, beberapa ketua cawangan UMNO dari beberapa bahagian mendesak Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatannya sebagai Presiden Parti dan Perdana Menteri. 

Ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa sama sekali. Kenapa tidak Ketua UMNO Bahagian yang mendesak Presiden berundur? Kenapa Ketua-ketua cawangan berkenaan tidak menggunakan saluran mendesak dengan melalui bahagian yang mereka wakili?

Jelaslah adanya usaha pihak tertentu yang menjalankan usaha dengan menghasut ketua-ketua cawangan berkenaan untuk berbuat demikian. Mereka yang ada kepentingan dan agenda sendiri yang dengan atau tanpa sedar akan melemahkan parti.

Kita juga berhak mempertikaikan setakat manakah kesasihan dakwaan dalam desakan ketua-ketua cawangan berkenaan terhadap Presiden. Apakah mereka bertindak dari hati mereka sendiri atau mereka dipandu oleh pihak tertentu yang jadi musuh dalam selimut.

Namun, dari apa yang kita lihat dari tindakan mereka secara berkumpulan itu kita yakin bahawa mereka ini adalah 'jentera upahan' dalam melaksanakan agenda seseorang atau sekumpulan yang berniat bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Presiden dengan apa alasan sekalipun.

Hakikatnya, soal kewangan dan 1MDB bukanlah jadi keresahan ahli-ahli UMNO dan Ketua-ketua UMNO cawangan kerana kita tidak akan terasa terbeban dengan isu berkenaan sama sekali, kerana itu kita lebih percaya bahawa semua ini adalah perancangan oleh pihak tertentu dalam agenda besar mereka.

Kita juga percaya bahawa masih ramai yang menyokong Datuk Seri Mohd Najib untuk terus memimpin UMNO dan negara dan percaya bahawa beliau akan tetap gagah menghadapi segala cabaran.

Jika kita ahli UMNO boleh setia dan memberikan sokongan kepada Tun Mahathir selama 22 tahun, kenapa tidak kita yakin dan sanggup memberikan sokongan kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk meneruskan usahanya biarpun diserang dengan fitnah dan tohmahan yang bertujuan untuk melemahkan semangat beliau.


~ Editor








0 comments:

share2