Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 24, 2015

[KUANTAN] 49 LAGI MENARA KOMUNIKASI MULA OPERASI HUJUNG TAHUN INI



23.11.2015 -  Exco Komunikasi Dan Multimedia Pahang, Dato' Shahaniza Shamsuddin menjelaskan di Dewan Undangan Pahang hari ini bahawa 49 menara telekomunikasi yang dibina di bawah projek fasa 1 time 3 extension masih kosong sekarang ini kerana belum diserahkan kepada Esmartpay untuk pemasangan alat-alat elektronik.

"Bagi menangani isu tersebut, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SMKK) telah arahkan semua syarikat komunikasi (CELCO) masuk beroperasi dimenara-menara tersebut menjelang Disember 2015."

"Kerajaan dari semasa ke semasa akan sentiasa memastikan lebih ramai lagi penduduk di negerii Pahang dapat menikmati kemudahan internet dengan lebih baik. Pada tahun depan 65 menara lagi akan dibina," kata Dato' Shahaniza ketika menjawab soalan dari ADUN Damak.

Sementara penduduk di bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Pekan pula akan menikmati kemudahan wifi yg lebih laju apabila TM melancarkan unifi yg mempunyai kelajuan yg lebih pantas drpd stremix menjelang akhir tahun ini.

Dato' Shahaniza berharap dengan pelbagai kemudahan telekomunikasi terkini dan capaian internet yang semakin meluas di negeri ini, ianya akan dimanfaatkan untuk tujuan menambah ilmu dan pengetahuan untuk kepentingan pembangunan modal insan. Kemudahan itu hendaklah tidak disalahguna untuk tujuan lain yang mengakibatkan jenayah siber, fitnah dan sebagainya.

0 comments:

share2