Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 23, 2015

OBAMA TIDAK HORMATI TUAN RUMAH

Barack Obama




SHAH ALAM - Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai tidak menghormati tuan rumah, kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub.

Beliau berkata, Obama patut lebih sensitif dengan perkembangan politik negara ini dengan menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.




0 comments:

share2