Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 23, 2015

[KUANTAN] KES JENAYAH DI PAHANG MENURUN BAGI 2013-2015


Kes jenayah


Kadar jenayah di Pahang menurun sebanyak 90 kes iaitu daripada 5,617 kes pada 2013 kepada 5,527 kes pada 2014, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Katanya, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula penurunan kes direkodkan sebanyak 654 kes, berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 4,158. 

Bagaimanapun, katanya terdapat kategori jenayah yang menunjukkan peningkatan bagi tempoh Jan 2014 hingga September 2015. 

"Antaranya ialah jenayah mendatangkan kecederaan (meningkat 16 kes), iaitu dari 182 kes kepada 198 kes.

"Kes mencuri motokar, iaitu dari 167 kes kepada 216 kes, peningkatan sebanyak 49 kes manakala kes pecah rumah dan curi meningkat 81 kes iaitu daripada 544 kes kepada 625 kes," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lee Chin Chen (Ketari-DAP) yang ingin tahu mengenai statistik kadar jenayah di Pahang dari 2013 hingga 2015 mengikut kesalahan. 

Mengenai statistik jenayah di Bentong, Adnan berkata, terdapat 65 peningkatan kes jenayah bagi tempoh Januari hingga Mac berbanding 112 kes, dalam tempoh sama tahun lepas. 

Adnan juga berkata Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengadakan operasi khas dan menubuhkan 'task force' bermula Mei lepas bagi menurukan kadar jenayah di daerah berkenaan.


0 comments:

share2