Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 24, 2015

UMNO CAWANGAN UGUT UNDURKAN PRESIDEN

Umno cawangan ugut undurkan presiden



PUCHONG - Selepas ketua Umno cawangan dalam bahagian Teluk Kemang dan Sepang bersuara melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam cawangan dalam bahagian Puchong juga melakukan perkara sama.

Mereka diwakili tujuh ketua cawangan itu menegaskan agar Najib perlu berundur dengan hormat ekoran masalah yang dialami Umno hari ini.

Ketua Umno Cawangan Kg Railway, Mohd Said Amidon berkata, kalau beliau tidak berani undur, mereka (rakyat) akan undurkannya (Najib).

"Kami merasakan kepimpinan hari ini tidak membawa keuntungan kepada rakyat, malahan meyulitkan lagi keadaan.

"Oleh itu, kami mendesak Perdana Menteri supaya berundur dari jawatan sekarang dan memberikan peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui negara dengan lebih baik," katanya, semalam.

Sidang media berkenaan turut disertai ketua Umno cawangan lain, antaranya, Zahrul Hambali (Sri Tanjung), Hamidan Othman (Bandar Bukit Puchong), Mat Yusof Abd Latif (Puchong Indah I), Mohd Shukor Mustafa (Bandar Puteri) dan Kamarudin Salim dari Kg Tengah Baru.

Katanya lagi, adalah lebih baik Najib berfikir lebih jauh lagi demi masa depan parti keramat ini dan kemenangan PRU akan datang.

"Jangan lupa kami ahli Umno yang meletak anda di atas, bukan atas pilihan anda, tapi di tangan kami ahli-ahli Umno.

"Biarkan seorang sahaja yang menjadi korban politik daripada korbankan 30 juta lagi (rakyat Malaysia)," tegasnya.

Sementara itu, Mohd Shukor berkata, apa yang dilakukan adalah kehendak sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.

"Ia dibuat kerana pelbagai isyarat telah dilontarkan, tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil pihak tertinggi.

"Jadi kami di peringkat cawangan beranggapan, kita juga ada kuasa untuk menjatuhkan presiden, kita berharap hal ini dapat dijalankan dengan baik.

"Begitu juga pihak tertinggi dapat menerima dengan baik keran kita melihat dengan kebaikan," katanya.




1 comments:

  • Anonymous says:
    November 24, 2015 at 12:37 PM

    Agak sedikit hairan, kenyataan dari beberapa Cawangan Umno bahagian Puchong,Selangor yg diperintah Kerajaan pembangkang jika betul tapi keluar disiarkan oleh Blog/Portal PahangKu. Apakah muslihat yang tersirat disebaliknya?

    1. UMNO khususnya dibahagian dan cawangan2 patut menghentikan kenyataan spt ini yg bkn merupakan keputusan dari cawangan terbabit secara rasmi/ tidak menjadi Pak Turut puak tertentu dlm isu yg dihadapi.
    2. Perhatian dan pertimbangan harus diberikan isu yg berbangkit berpunca ada mantan pemimpin parti yg sudah tiada memeggang apa2 jawatan/kuasa baik dlm parti juga Kerajaan berusaha utk menyingkirkan kepimpinan Umno dan K atas niat jahat dan tujuan peribadi semata-mata.

share2