Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 11, 2015

WARGA AS PUTUS KEPALA DALAM KEMALANGAN


Warga AS putus kepala dalam kemalangan


Kuala Lumpur - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat putus kepala apabila motosikal berkuasa tingginya terbabas di Jalan Tun Razak menghala Hentian Pekeliling di sini, awal pagi ini. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan Ernest Edward Chaves, 50, maut dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, nahas berlaku apabila motosikal mangsa jenis Harley Davidson dipandu laju dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat minyak di pusat bandar dipercayai dalam perjalan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara. 

"Tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

0 comments:

share2