Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 11, 2015

[BENTONG] 4000 JAYAKAN HARI SUAKN NEGARA PERINGKAT DAERAH


Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bentong semalam berlangsung dengan meriah. Dianggarkan kira kira 4000 orang bersama sama menjayakan Hari Sukan Negara. Tambahan pula Hari Sukan Negara turut disambut di peringkat kampung kampung di seluruh daerah Bentong.





Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bentong diadakan di Padang Hoki Majlis Perbandaran Bentong telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Bentong, YH Dato Azhar Bin Hj Arshad. Turut hadir sama adalah YDP Majlis Perbandaran Bentong, Mohammad Shahid Bin Ismail, Pegawai Belia dan Sukan daerah Bentong, En Ahmad Fadzil Bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong, En Ahmad Nilhakim Bin Abd Rahim serta Ketua Ketua Jabatan daerah Bentong.



Antara acara yang diadakan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bentong adalah senamcergas, larian santai, kayuhan santai, futsal, sepak takraw, zumba dan banyak lagi. Selain daripada pertandingan, cabutan bertuah turut diadakan serta pertunjukkan sukan ekstrim daripada persatuan Bar Bento. Malah peserta turut berpeluang mencuba permainan seperti memanah, menyumpit, memandu ATV dan lain lain permainan yang disediakan.

0 comments:

share2