Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 12, 2015

TIDAK MASUK AKAL MH370 DI TAWI TAWI


Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Berhad, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain


Shah Alam - Dakwaan mengenai penemuan sebuah bangkai pesawat dipercayai pesawat MAB Penerbangan MH370 di kepulauan Tawi Tawi, Filipina tidak masuk akal sama sekali.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Berhad, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, teori pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi masih kuat.

“Teori berkenaan turut dikuatkan dengan penemuan kepingan sayap pesawat iaitu flaperon dan disahkan milik MH370 berdasarkan rekod penyelenggaraan.

“Jika ditemui di kepulauan Tawi-Tawi, ia memang tidak masuk akal kerana teori dan bukti cukup kuat untuk katakan ia berakhir di Lautan Hindi,” katanya, semalam.

Mengulas mengenai laporan tersebut, Nik Ahmad Huzlan berkata, laporan polis boleh dibuat oleh mana-mana individu.

“Soal betul atau tidak, kita akan dapat ketahui selepas siasatan dibuat pihak berkuasa. Ini zaman teknologi tanpa sempadan, mana-mana orang pergi mereka akan bawa telefon pintar. Kalau pun betul, mengapa tidak ada gambar pesawat itu?,” katanya.

Jelasnya lagi, jika benar pesawat tersebut ditemui di Kepulauan Tawi-Tawi, mengapa individu yang menemui bangkai pesawat itu tidak membuat laporan polis kepada pihak polis Filipina.

“Kerajaan Filipina pun tidak ada umumkan mengenai penemuan bangkai pesawat yang dipercayai MH370.

“Apa-apa dakwaan mengenai MH370 tidak akan mengubah kisah MH370 yang berakhir di Lautan Hindi,” katanya.

0 comments:

share2