Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 12, 2015

KOREA UTARA SEDIA BERPERANG


Korea Utara sedia berperang


Pyongyang - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata negaranya sedia berperang sekiranya itu yang dimahukan Amerika Syarikat (AS).

Jong-un mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap semasa sambutan ulang tahun ke-70 Parti Pekerja di Dataran Kim Il-sung, kelmarin.

Sempena sambutan berkenaan, negara itu menunjukkan kekuatan ketenteraannya dengan mempamerkan deretan kereta kebal, pesawat tempur serta pelbagai peluru berpandu.

Walaupun enggan mengulas secara khusus mengenai keupayaan nuklear atau peluru berpandunya, Jung-un berikrar akan melakukan serangan balas jika diserang AS.

"Semangat waja dan kekuatan tentera serta rakyat negara ini membolehkan kita memecahkan sekatan imperialis, sekali gus menakutkan musuh.

"Korea Utara bersedia untuk turun ke medan perang jika itu yang dimahukan Amerika," katanya kepada CNA.

Korea Utara sebelum ini pernah mengancam untuk menyerang AS dan Korea Selatan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sekatan barangan mewah ke negara itu setelah rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari 2013.

0 comments:

share2