Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 10, 2015

SUSPEK KES CULIK BERJAYA DITAHAN


culik


Shah Alam - Dua lelaki disyaki suspek kes culik kanak-kanak berumur lima tahun di Taman Setia, Sungai Chua, Kajang, ditahan dalam operasi khas, 10.25 malam tadi.
Seorang daripada suspek adalah lelaki tempatan manakala rakannya adalah warga Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun.

Petang semalam, kanak-kanak lelaki berbangsa Cina berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan Tadika Cekap Bahasa, Sg. Chua, Kajang pada pukul 9 pagi hari yang sama berjaya ditemui.

Kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Taman Cahaya pada jam 5.35 petang.

0 comments:

share2