Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 9, 2015

[LIPIS] MERAPOH FOREST RUN 2015




Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang dan Tourism Malaysia Pahang akan menganjurkan “Merapoh Forest Run 2015” bertempat di Merapoh, Pahang.

Program larian ini akan diadakan di Taman Negara, Merapoh di Lipis Pahang pada 31 Oktober 2015 nanti. Peserta akan berlari meredah laluan tar dan denai yang dikelilingi alam semula jadi dan sungai-sungai tahap satu yang memiliki habitat dan spesis ikan sungai gred A. 

Penganjuran larian ini juga membolehkan orang ramai mengetahui keindahan alam semula jadi di Taman Negara, Merapoh dan dapat mempromosikan nya kepada dunia luar.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan En Mohd Alias dari Tourism Malaysia di talian 09-517 7111/12/14.






0 comments:

share2