Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 9, 2015

[JERANTUT] KARNIVAL KAMPONG KU KUALA SAT





Program kemasyarakatan 'Karnival KampongKu' akan diadakan di Kampong Kuala Sat, Ulu Tembeling pada 16 - 18 Oktober 2015 nanti.

Program selama 3 hari itu adalah anjuran 'Group Whatsapp Ulu Tembeling DesaKu' dengan kerjasama Pejabat Adun Tahan, Majlis Daerah Jerantut, RTM Pahang, JKKK Kuala Sat serta agensi-agensi kerajaan berkaitan dan beberapa badan NGO.

Antara acara yang akan diadakan kelak ialah sukan air dan sukan darat, pertandingan bola sepak dan bola jaring terbuka, pameran oleh agensi-agensi kerajaan, demonstrasi memadam kebakaran, pemeriksaan kesihatan, permainan tradisional dan lain-lain lagi.

Kombo RTM Pahang juga akan membuat persembahan mengiringi artis-artis jemputan terdiri dari Herman Tino, Haziq AF dan Shikin.

Ceramah agama dengan tajuk ' Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam' akan disampaikan oleh penceramah undangan khas Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin.

Program ini dijangka dapat merapatkan ukhuwah dikalangan masyarakat khususnya masyarakat tempatan disamping memperkenalkan kawasan pedalaman ini kepada masyarakat luar.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut mengenai program berkenaan boleh didapati dengan menghubungi En. Ramlan Mat Ami di talian 019-942 1043.


0 comments:

share2