Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 11, 2015

LELAKI BERTOPENG PECAH MESIN CDM, LARIKAN DUIT


Kes jenayah


Shah Alam- Sekumpulan lelaki bertopeng melarikan pelbagai barangan komputer dan kamera serta sejumlah wang tunai selepas memecah masuk ke sebuah pasar raya di Puncak Alam, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, kumpulan lelaki terbabit dipercayai terlebih dahulu mengumpil pintu masuk pasar raya berkenaan dan disedari tiga pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

Katanya kumpulan perompak terbabit bertindak menahan lalu memukul mereka sebelum mengikat ketiga-tiganya.

"Kumpulan lelaki bertopeng itu kemudian memecah sebuah mesin deposit tunai (CDM) yang ditempatkan dalam pasar raya berkenaan menggunakan gas Oxy-acetylene sebelum memecah masuk premis menjual komputer dan sebuah kedai gambar.

"Jumlah wang tunai yang dilarikan daripada mesin berkenaan masih belum diketahui namun kerugian kedua-dua premis itu dianggarkan melebihi RM50,000," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah lelaki yang terbabit dalam rompakan itu.

Mohd Taib berkata, rompakan berkenaan hanya disedari pekerja kedua-dua premis itu ketika mereka tiba di pasar raya berkenaan untuk memulakan perniagaan kira-kira 7.45 pagi.

Katanya polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar raya itu dan mesin CDM berkenaan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Beliau berkata kumpulan berkenaan kini sedang dijejaki polis dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui mengenai rompakan tersebut.

0 comments:

share2