Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 4, 2015

[KUANTAN] TABUNG AMANAH UNTUK SEKOLAH AGAMA


Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor


Lembaga Penasihat Penyelarasan dan Pendidikan Agama (Lepai) bercadang mewujudkan satu tabung amanah bagi membantu menampung kewangan di sekolah agama.

Pengerusi Lepai, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua agensi kerajaan terbabit dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum diluluskan.

Menurutnya, tabung berkenaan berfungsi membantu meningkatkan pendidikan dan penambahbaikan kemudahan sekolah agama di bawah kerajaan negeri yang diselaraskan oleh Lepai.

“Tabung ini dapat menyelesaikan masalah berterusan yang dihadapi terutama dalam konteks fizikal sekolah, guru dan murid,” katanya kepada media selepas Persidangan Lepai Ke-45 di Hotel M.S Garden di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin tabung berkenaan akan mendapat kerjasama daripada syarikat korporat dan individu yang yang mahu menyumbang kepada pembangunan sekolah agama.

Mohd Yusof juga meminta kerajaan meneruskan peruntukan tetap kepada sekolah terbabit seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

“Pihak sekolah tidak perlu bimbang dengan sumber kewangan jika tabung yang ditubuhkan mengikut peraturan.

“Selain itu, persidangan Lepai melihat bantuan kerajaan ini sebagai usaha meningkatkan mutu pendidikan selain mengawal sekolah berkenaan daripada terlibat dengan pengaruh ekstremis,” katanya.

Beliau turut memuji usaha pengurusan sekolah tahfiz kini yang bukan sahaja berjaya dalam akademik malah boleh berbangga dengan pencapaian kokurikulum.

“Ramai yang mula mula menyedari sekolah agama adalah yang terbaik kerana mampu membentuk disiplin selain memberi pendidikan bukan sahaja dalam ilmu agama tetapi akademik,” katanya.

0 comments:

share2