Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 4, 2015

BELI IPAD MURAH, DAPAT JUBIN


iPad mini 3


California - Seorang wanita kerugian AS$80 (RM353) selepas tertipu ketika membeli sebuah iPad oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, kelmarin.

Menurut Cult of Mac, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan parkir ketika Tamara Cortez sedang meletak keretanya.

Suspek, seorang lelaki berbangsa Hispanic berusia kira-kira 35 tahun menegur Cortez dan cuba menjual sebuah iPad Mini 3 dengan harga USD200 (RM882).

Selepas tawar-menawar sehingga USD80, Cortez bersetuju membelinya dan diberikan sekotak iPad.

Cortez menyedari dirinya ditipu setelah mendapati iPad di dalam kotak tersebut diganti dengan sebuah jubin lantai.

Wanita tersebut membuat laporan polis dan kes tersebut kini disiasat.

Awal minggu ini, kes penipuan sama berlaku di Britain dimana seorang lelaki kerugian AS$750 (RM3309) selepas diberikan beg berisi gula selepas bersetuju membeli sebuah iPhone 6S.

0 comments:

share2