Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 4, 2015

NASA BERI AMARAN, JEREBU BAKAL JADI TERBURUK DALAM SEJARAH




Para saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa fenomena jerebu yang sedang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura kali ini berpotensi menjadi paling buruk dalam sejarah.

Memetik laporan portal Channelnewsasia.com, ini susulan perubahan cuaca akibat kesan El Nino hingga menyebabkan rekod jerebu kali ini bakal menyamai atau lebih parah daripada krisis yang pernah melanda pada tahun 1997 lalu.

“Keadaan di Singapura dan Sumatera Tenggara menuju krisis jerebu terburuk dibandingkan pada 1997,” kata saintis University of Columbia di AS, Robert Field.

Jelas Field, yang bertugas di Institut Goddard untuk Kajian Angkasa milik NASA, musim kemarau tahun ini lebih panas dan panjang jika dibandingkan situasi biasa ekoran fenomena El Nino.

Selain itu, bencana jerebu ini juga dijangka akan berlarutan sepanjang beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, NASA turut memuat naik gambar setelit yang memaparkan keadaan pembakaran hutan di Indonesia menerusi laman web rasmi agensi berkenaan.

Indonesia menghadapi tekanan daripada negara-negara jirannya setiap tahun sejak 20 tahun lalu dalam menangani pembakaran hutan di negara itu yang menjadi punca jerebu tebal berlaku.

0 comments:

share2