Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 10, 2015

[KUANTAN] SINDIKET AH LONG TERBESAR TUMPAS


Sindiket ah long terbesar tumpas



Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (ah long) terbesar setakat ini dengan penahanan sepasang suami isteri dan sembilan lelaki dalam lima serbuan berasingan sekitar daerah ini, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata semua suspek berusia 18 tahun hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua buah rumah dekat Galing, dua buah kedai makan di Indera Mahkota dan sebuah stesen minyak di Semambu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, selain di Pahang sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu turut memberi pinjaman kepada peminjam di Terengganu.

“Polis juga telah mengenal pasti seramai 320 peminjam aktif terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil yang meminjam dengan sindiket ini yang melibatkan wang pinjaman berjumlah lebih RM5 juta dengan keuntungan yang diperoleh melebihi RM1 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.

Menurut Hamza, polis merampas wang tunai berjumlah RM40,000, lima buah kenderaan pelbagai jenis, komputer riba, telefon bimbit dan kad bank dan kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Peminjam Wang.

Dalam kes berasingan, Hamza berkata Bukit Aman berjaya menahan tiga lelaki warga Khazakhstan yang telah menggodam sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) Bank Al Rajhi, Subang Jaya dan melarikan wang berjumlah kira-kira RM1.5 juta, 4 September lalu.

“Dengan tertangkapnya suspek yang berusia antara 23 dan 24 itu di Kuala Lumpur, polis berjaya mendapatkan kembali wang yang dilarikan.

“Namun kami masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

0 comments:

share2