Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 10, 2015

KES CULIK KAJANG: 4 DITAHAN, WANG TEBUSAN RM300,000 DITEMUI





Atas tindakan pantas pihak polis, empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang, Selangor pada pagi Jumaat, berjaya ditahan juga pada malam tadi (Jumaat).

Salah seorang daripada empat suspek merupakan pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak tersebut pulang ke rumahnya, tidak kurang 24 jam setelah dilarikan oleh dua lelaki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat yang dipetik pelbagai portal berita tempatan juga mengesahkan bahawa wang tebusan berjumlah RM300,000 telah ditemui.


Pada pagi Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina berusia 5 tahun dilaporkan diculik oleh dua lelaki dihadapan ibunya ketika sedang dalam perjalanan ke tadika.

Bagaimanapun, mangsa kemudian berjaya ditemui di tepi jalan oleh seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Nizam sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga kanak-kanak itu.

0 comments:

share2