Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 3, 2015

UGUT POLIS DENGAN PISAU


Ugut polis dengan pisau


Ayer Keroh - Seorang warga asing bertindak mencederakan diri sendiri dengan memecahkan cermin tingkap rumah sebelum cuba menyerang polis menggunakan pisau dalam kejadian di Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini kelmarin.

Lelaki warga Nepal berusia lingkungan 30-an itu berbuat demikian dipercayai akibat kecewa dengan rakan senegaranya.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, lelaki terbabit mula membuat kecoh sehingga mengganggu ketenteraman penduduk pangsapuri terbabit.

Bagaimanapun, berlaku 'drama' mencemaskan selama empat jam apabila lelaki berkenaan bertindak agresif sehingga mengejar anggota polis di aras satu pangsapuri terbabit.

Seorang penduduk, E Murali, 43, yang merupakan jiran kepada lelaki terbabit berkata, jirannya itu mengetuk tingkap biliknya dan memekik meminta tolong selepas tangannya berlumuran darah akibat cedera memecahkan cermin.

“Saya, isteri dan enam anak sedang tidur tapi terjaga sebab dengar dia dan rakan serumah dalam tujuh, lapan orang bising-bising macam bergaduh. Saya hanya keluar lepas dia ketuk tingkap bilik tidur saya.

“Anak sulung yang mula-mula buka pintu dan suruh saya keluar sebab banyak darah atas lantai depan rumah. Bila saya keluar saya tengok tangan kanan dia luka mungkin sebab dia pecahkan cermin bilik rumahnya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga dan beberapa jiran kemudian membantu membalut tangan lelaki terbabit menggunakan tuala sebelum menghubungi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membawa lelaki berkenaan ke hospital.

“Tapi bila JPAM sampai, mereka cakap tak boleh ambil kes ni sebab lelaki itu sedang mabuk. Jiran-jiran pun minta JPAM hubungi polis.

“Lelaki itu memang mabuk dan ada minuman keras di rumah sewa mereka. Ketika menunggu JPAM dan polis sampai pun, dia memang ada bising-bisng, luahkan perasaan kecewa terhadap kawan-kawan serumah selain sebab dia tinggalkan selepas yang cedera,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun mula berubah agresif dengan mengacukan pisau pemotong sayur yang diambil di dapur apabila polis tiba di rumah berkenaan.

Malah, katanya, anggota polis juga dikejarnya.

“Polis, anggota JPAM dan jiran-jiran memang dah kepung di tangga tapi dalam masa sama lelaki itu kejar polis yang lain sambil acu-acukan pisau dari rumahnya ke depan rumah jiran lain. Ada juga dia cabar polis suruh tembak diri dia atau dia akan tikam diri sendiri.

“Dia ada kata, dia tak takut mati. Sampai jam 4 pagi jugalah dia berkeadaan macam tu. Itupun dalam keadaan dia lemah kami semua dapat himpit dan mengepung dia. Rakan serumahnya yang keluar menyelamatkan diri disebabkan sikap agresif mangsa hanya balik ke rumah kira-kira jam 5.30 pagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dengan senjata.

0 comments:

share2