Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 3, 2015

[KUANTAN] YAYASAN PAHANG BELANJA HAMPIR RM1 BILION UNTUK PELAJAR





2.9.2015 -  Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk  membiayai pelbagai program dan aktiviti pendidikan sejak tahun 1982.


Daripada jumlah itu, RM436.36 juta adalah untuk pinjaman pendidikan, RM290.91 untuk biasiswa sementara RM195.23 juta lagi untuk program pendidikan, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan  yang telah memberi manfaat kepada satu juta penerima.

Pengurus Besar Yayasan Pahang, Mahmud Mohd Nawawi ketika berucap di Majlis Kecemerlangan Kokurikulum Yayasan Pahang 2015 berkata anugerah ini adalah salah satu agenda penting dalam aktiviti pendidikan Yayasan Pahang.

Hadiah berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama negeri Pahang dalam pelbagai pertandingan sukan dan aktiviti kokurikulum  di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Majlis kecemerlangan Kokurikulum ini dirasmikan oleh  Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Dato Norol Azali Sulaiman. Beliau mewakili Menteri Besar Pahang.

0 comments:

share2