Dato' Seri Maznah Mazlan dalam ucapan aluan mesyuarat Persatuan Memburung
dan Mencinta Alam Rompin.
11.9.2015 - Dato' Seri Maznah Mazlan, Adun Muadzam Shah merupakan pengasas kepada penubuhan Kelab Pencinta Burung dan Alam Rompin Pahang yang ditubuhkan dan didaftarkan kira-kira 3 bulan lalu dengan keahlian seramai 50 orang.
Berucap dalam majlis pelancaran kelab berkenaan, beliau menyatakan bahawa Rompin kaya berbagai-bagai produk pelancongan yang boleh diketengahkan dan patut diambil kesempatan oleh penduduk tempatan dalam mengusahakan industri pelancongan sebagai profession yang berdaya maju.
Menurut beliau lagi, di Rompin terdapat kelip-kelip di sungainya yang boleh dimajukan sebagai tarikan pelancongan, ada ikan toman yang juga mampu menarik kaki pancing selain dari menawarkan keindahan hutan tropika di Taman Negeri Endau Rompin kepada mereka yang berminat menerokai hutan tropika.
Beliau menyarakan agar ahli persatuan berusaha dengan menyertai kursus pemandu pelancong alam semula jadi, memahami industri pelancongan serta kehendak pelancong dan menggunakan peluang serta produk pelancongan yang ada untuk menjadikan pemandu pelancong sebagai satu kerjaya yang memberikan pulangan tinggi.
Beliau mengimbau kembali pertandingan memancing yang dimulakan pada tahun 2000 lalu dengan hanya menyediakan 4 buah bot bagi pemancing-pemancing, kini acara memancing yang dikenali sebagai Royal Pahang Billfish International Challange sudah diadakan bagi kali ke-11 dengan pemningkatan penyertaan sehingga mampu menyediakan lebih dari 40 buah bot yang jelas memberikan peluang ekonomi kepada pengusaha bot berkenaan.
Mesyuarat dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Mirza Mohammad Taiyab, Director General Tourism Malaysia.
Pada masa sama, ahli-ahli kelab diperkenalkan dengan teknik-teknik pemerhatian burung oleh Persatuan Memburung Taman Negara.
0 comments:
Post a Comment