17 September 2015 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong telah mengadakan Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Bentong 2015 semalam. Untuk pertandingan Liga Sukan Untuk Semua, empat kategori sukan telah dipertandingankan. Sukan sukan tersebut adalah Futsal Lelaki dan Wanita, Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Takraw dan Bola Jaring.
Jumlah peserta pertandingan Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah Bentong 2015 dianggarkan lebih seribu orang. Penyertaan yang menggalakkkan daripada belia adalah diluar jangkaan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Roslin Binti Hj Abdul Rahman, En Ahmad Fadzil Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong dan En Ahmad NilHakim Bin Abd Rahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong.
0 comments:
Post a Comment