Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 4, 2015

MUKHRIZ ANGGAP SPEKULASI DIPECAT TIDAK SAHIH


Mukhriz Mahathir


Alor Setar - Spekulasi Menteri Besar Kedah akan digantikan kembali diperkatakan, apabila sekali lagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik secara terbuka oleh Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, kelmarin.

Kenyataan Ahmad melalui sebuah video meminta Mukhriz meletakkan jawatan, selain mendakwa Mukhriz gagal mentadbir kerajaan negeri, kini viral di laman sosial sekali gus mengundang pelbagai tanggapan konon kedudukan Mukhriz kini goyah.

Kini ditambah pula dakwaan Mukhriz dan beberapa pemimpin Umno lain tersenarai dalam rombakan pemecatan jawatan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Mukhriz ketika ditanya berhubung perkara itu menyifatkan ia sebagai berita yang belum sahih.

“Macam-macam senarai ada, selagi tidak menjadi kenyataan, saya tak boleh respons. Saya sendiri ada lihat macam-macam yang disebarkan melalui laman sosial,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah di Dewan Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, setakat ini, beliau belum menerima makluman pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah atau digantikan menjelang akhir bulan ini.

“Pucuk pimpinan parti tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini. Saya tidak boleh terima komen-komen dari Facebook atau maklumat dan berita yang tidak disahkan,” katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 4, 2015 at 3:46 PM

    Aku sokong 100% PECAT MUKHRIZ drp UMNO, jadi MB secara piring terbang pon masih Boddoh, Banggang macam Mamakkutty Mamahathir.

    Kedah MISKIN di bawah Mahathir dan akan terus Miskin di bawah MUKHRIZ...

share2