Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 1, 2015

MAYAT LELAKI HAMPIR REPUT DITEMUI DALAM FLAT


Kemalangan maut


Georgetown - Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui di sebuah rumah flat Taman Desa Permai Indah, Sungai Dua di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira jam 6 petang selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah berkenaan.

"Sepasukan polis yang ke rumah di tingkat empat flat itu menemui mayat lelaki lengkap berpakaian seluar pendek dan T-shirt di ruang tamu rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam tadi.

Difahamkan mayat lelaki itu ditemui dengan tangan diikat ke belakang dengan tali rafia dan kesan jerut di leher.

Beliau berkata, pemeriksaan awal, polis percaya lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa identiti itu mati lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya.

"Berdasarkan siasatan polis, rumah itu memang tiada penghuni dan ia dijadikan tempat lepak sekumpulan lelaki di kawasan flat berkenaan," katanya.

Mior Faridalatrash berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan menunggu laporan
bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan. 

"Kami juga minta kerjasama orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat pengecaman di HPP bagi membantu siasatan," katanya.

0 comments:

share2