Kuala Lumpur - Bekas editor akhbar Sarawak Tribune telah meminta pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown supaya mendedahkan sumber pembiayaannya.
Lester Melanyi, bagaimanapun berkata, Rewcastle-Brown tidak dapat berbuat demikian kerana dengan berbuat demikian, beliau akan mendedahkan siapa ketuanya yang sebenar.
Beliau berkata jika Rewcastle-Brown benar-benar mengamalkan ketelusan, 'beliau harus menunjukkan akaun Sarawak Report dan memberitahu kepada kami sumber pembiayaannya'.
Melanyi mendakwa pengasas portal berita itu menerima pembiayaan daripada 'orang yang sangat berpengaruh di Malaysia'.
0 comments:
Post a Comment