Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 3, 2015

[KUANTAN] PENYOKONG BERSIH 4.0 BIADAP


Penyokong Bersih 4.0 biadab


Pemuda Umno Kuantan dan Indera Mahkota bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun menyuarakan bantahan terhadap tindakan penyokong Perhimpunan Bersih 4.0 yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika perhimpunan berlangsung, minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Gabungan Pendidik Melayu Pahang selaku wakil kumpulan itu, Mohd Shahril Abdullah berkata, bantahan tersebut merupakan tindak balas yang dizahirkan hasil daripada kekesalan atas perbuatan yang mereka buat terhadap pemimpin negara.

“Dalam konteks demokrasi di negara ini, perbuatan peserta Bersih 4.0 itu adalah suatu yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Jika ada rasa tidak puas hati sekalipun kita adalah saluran yang betul yang boleh digunakan bukan dengan cara memijak gambar pemimpin-pemimpin negara.

“Jadi hari ini (kelmarin) kita desak peserta Bersih 4.0 supaya meminta maaf secara terbuka ekoran tindakan mereka itu, jika mereka berani memijak gambar pemimpin kita, kita hari ini juga berani memijak gambar pemimpin mereka.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas mengetuai kira-kira 50 orang yang hadir dalam bantahan tersebut yang turut memijak gambar beberapa pemimpin DAP antaranya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, di hadapan Bangunan Umno Kuantan, di sini, petang kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuantan, Nara Nikman Nordin dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Terdahulu, beberapa peserta dan penyokong Perhimpunan Bersih 4.0 telah bertindak melampau memijak gambar perdana menteri dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyertai perhimpunan haram Besih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos, minggu lalu.

Katanya, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan dan ekoran daripada itu telah mengundang kemarahan orang ramai khususnya umat Islam di negara ini.

Sementara itu, susulan daripada bantahan tersebut Mohd Shahril berkata, kumpulan itu juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ekoran tindakan melampau peserta perhimpunan Bersih 4.0 itu.

0 comments:

share2