Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 3, 2015

[KUANTAN] TENGKU ABDULLAH LAHIR RASA KECEWA


Tengku Abdullah lahir rasa dukacita


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa dukacita terhadap insiden yang menimpa bilal Masjid Tepian Putra, Tengku Shafiq Tengku Adam Azli yang ditikam akibat salah faham di sebuah pusat pesta ria di Tanah Putih, kelmarin.

Titah baginda disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 

Tengku Abdullah menyifatkan kejadian seumpama ini tidak harusnya berlaku hanya disebabkan oleh salah faham daripada satu pihak sahaja.

Masyarakat juga dinasihatkan supaya berhati-hati sama ada ingin memberi bantuan ataupun menerima bantuan.

“Syukur Alhamdulillah, kesihatan Tengku Syafiq kini beransur pulih dan kita mendoakan agar dia semakin sihat.

“Beliau dijangka akan dipindahkan ke wad biasa selepas mampu duduk dan bercakap,” kata Syed Ibrahim. 

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan daripada Tengku Abdullah, kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Beliau berkata, kerajaan negeri bersama Jaip akan memikirkan bentuk bantuan yang bersesuaian kepada mangsa serta keluarga bagi meringankan beban kos rawatan serta trauma yang dialami ekoran insiden terbabit.

0 comments:

share2