Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 1, 2015

[KUANTAN] BELIA DIGESA GUNAKAN KREATIVITI UNTUK MANFAAT MASYARAKAT






1.9.2015. Kreativiti belia dalam bidang multimedia terutamanya media sosial harus di gunakan untuk memanfaatkan masyarakat. Pada masa ini terlalu banyak berlaku perkara yang tidak benar di viralkan sehingga menburukkan keadaan media sosial.

Exco Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Komunikasi Dan Multimedia. Dato Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, belia di negara ini boleh mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi harus bergerak atas landasan persamaan untuk mengukuhkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Jangan biarkan apa yang kita baca di media sosial mempengaruhi pemikiran kita. Pertimbangkan kesahihan kenyataan, periksa sekeling kita sebelum bertindak kerana kita bebas untuk membuat tindakan seterusnya samada untuk kebaikan atau memburukkan suasana di media social.”

Dato Hajah Shahaniza merasmikan Penutup Program Pertandingan Penceritaan Kemerdekaan #Sehatisejiwa Bersama Belia Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan di Auditorium Arkib Negara cawangan Pahang di Kuantan.

Beliau mahu belia di Pahang menggunakan kewarasan mereka menggunakan kreativiti dalam bidang penceritaan dan pembikinan video dalam media sosial untuk menterjemahkan erti kemerdekaan dengan pemikiran dan jiwa yang merdeka.

“Kemerdekaan bukan sahaja angkat bendera, tapi miliki jiwa murni dan pemikiran yang merdeka serta tidak mudah dipengaruhi mana mana maklumat palsu.” kata beliau lagi.

Pertandingan Penceritaan Kemerdekaan #Sehatisejiwa dimenangi oleh Rossiela Sofia Binti Talib untuk meraih hadiah RM1,500.00, Tempat kedua oleh Nik Nur Hidayah Fitri memperolehi hadiah RM1,000.00 dan Nur Fazdlin Binti Mohd Mokhtar mendapat RM500.00 untuk hadiah ke tiga.

0 comments:

share2