Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 1, 2015

'KAMI LAPOR POLIS JIKA TIDAK MINTA MAAF'


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


Shah Alam - Pemuda Pas menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎semasa perhimpunan Bersih 4.0, Sabtu lalu‎ oleh beberapa individu perhimpunan tersebut.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ‎sekiranya tiada pihak dari Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden‎ ‎itu disiasat.

‎"Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.

‎"...dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda Pas dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

‎Minggu lalu, gambar yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan itu menjadi viral.‎

Turut berkongsi kekesalan atas insiden itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.

‎Ekoran penyebaran itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara tersebut masih di dalam siasatan.

0 comments:

share2